05/03/2015

Soalan Uji Diri (Bab 2)

BAB 2: GURU DAN PERUNDANGAN

Jawab semua soalan berikut dan bincangkan jawapan dengan rakan-rakan anda.

1 Berikut adalah matlamat kawalan tatatertib kecuali
A Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan tanpa budi bicara.
B Menjaga imej perkhidmatan awam.
C Pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap dan efisyen.
D Meletakkan kepentingan awam melebihi diri sendiri.

2 Apakah perkara yang terkandung dalam Peraturan 4A Peraturan Kelakuan dan
Tatatertib 1993?
A Taat setia.                         C Ketidakhadiran tanpa cuti.
B Gangguan seksual.             D Pekerjaan luar.

 3 Berikut adalah perkara yang terkandung di dalam Akta Pendidikan 1996 kecuali
i bahasa kebangsaan
ii sekolah
iii peruntukan
iv biasiswa
A i dan ii                     C i,ii dan iv
B i, ii dan iii                 D ii,iii dan iv

Soalan Struktur
Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Nyatakan hukuman-hukuman yang boleh dikenakan kepada penjawat awam.
i ________________________________________________________
ii________________________________________________________
iii________________________________________________________
iv________________________________________________________

 2. Jelaskan maksud sekolah bantuan kerajaan seperti yang dimaktubkan dalam Akta
Pendidikan.
_________________________________________________________
_________________________________________________________

Soalan Esei
Jawab soalan di bawah

Seorang guru ingin membuat perniagaan kecil-kecil di rumahnya. Jelaskan tindakan dan prosedur yang harus dilakukan oleh guru tersebut sebelum melaksanakan hasratnya.

No comments:

Post a Comment