03/03/2015

BAB 3: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

BAB 3: TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID



3.1 GANGGUAN EMOSI



Mengikut Achmanto Mendatu (2007), gangguan emosi berkisarkan persoalan perasaan takut dan cemas.
Gangguan emosi berlaku apabila seseorang:
- Mengalami emosi tertentu seperti depresi.
- Tidak mampu menunjukkan kasih sayang, marah dan penolakan.
- Sukar berhubung dengan orang lain.
- Mempunyai dua atau lebih emosi misalnya antara marah dan takut.


3.1.1 Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid

Kanak-kanak yang menghadapi gangguan emosi biasanya:

i. Tidak berupaya berinteraksi secara formal dengan kanak-kanak lain.
ii. Tingkah laku mereka lebih bersifat keanak-anakan dan tidak mengikut tahap mereka.
iii. Ada kalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk.


3.1.2 Punca Gangguan Emosi



3.1.3 Langkah-Langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid

VIDEO: Menangani Emosi Kanak-kanak



3.2 HAK ASASI KANAK-KANAK
3.2.1 Latar Belakang

Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah dibentangkan dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-44 pada 20 November 1989 dan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari segi:
- Pengabaian.
- Penderaan.
- Eksploitasi.
- Jaminan kanak-kanak mendapat haknya.



Prinsip-prinsip konvensyen


Perlaksanaan Konvensyen:
 Konv.ensyen Hak Kanak-Kanak ini telah:
1. Memperakui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira keturunan, warna kulit, jantina, bahasa, agama dan sebagainya.
2. Memberikan penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan syorkan supaya keluarga memberi perlindungan dan bantuan perlu untuk mampu menjalankan tanggungjawab mereka.

3. Memperakui bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah berlaku dalam persekitaran kekeluargaan yang gembira, kasih sayang dan persefahaman.
4. Mengingati bahawa kanak-kanak belum matang dari segi fizikal dan mental, memerlukan perlindungan dan jagaan khas termasuklah perlindungan undang-undang yang sewajarnya.
5. Mengiktiraf bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan tindakan khas.
6. Menekankan pentingnya nilai-nilai tradisi kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak.

Tiga Prinsip Utama Konvensyen Hak Kanak-Kanak:
1. Kanak-kanak ialah seorang yang berumur di bawah 18 tahun.
2. Semua hak meliputi semua kanak-kanak tanpa kekecualian dan tiada diskriminasi.
3. Semua tindakan yang diambil mestilah dilakukan berdasarkan prinsip demi kepentingan terbaik bagi kanak-kanak (the best interest of the child).

Hak Kanak-Kanak:
(i) Hak kehidupan (keperluan asas, hak untuk hidup, mendapat perubatan).
(ii) Hak Perlindungan (diskriminasi, penderaan, pengabaian, penderaan seksual, eksploitasi dan lain-lain).
(iii) Hak Perkembangan (semua jenis pendidikan, hak kepada standard of living, peluang untuk turut serta, persekitaran yang selamat).
(iv) Hak Penyertaan (berjumpa dengan kanak-kanak lain, menyertai kelab atau persatuan, memberikan pandangan mereka).




3.2.2 Hak Kanak-Kanak Di Malaysia
Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani beberapa konvensyen dalam komitmen kepada perlindungan kanak-kanak di negara ini seperti berikut:
i. Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak pada 19 Mac 1995 .

ii. Konvensyen Penghapusan Semua bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada 4 Ogos 1995.
iii. Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 (bentuk buruh kanak-kanak yang paling teruk) pada 10 November 2000.

Di Malaysia, beberapa bentuk perundangan telah dibentuk dalam konteks melindungi Kanak-Kanak iaitu:
i. Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (Akta 468) – mengenai pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan.
ii. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) – berkaitan dengan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman-taman asuhan kanak-kanak.
iii. Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkutan Anak Angkat 1952).
iv. Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2002) – memastikan perlindungan, pemuliharaan dan pembangunan untuk kanak-kanak.

3.2.3 Usaha-Usaha Dalam Melindungi Kanak-Kanak
i. Meningkatkan penyertaan ahli masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan pemulihan.
ii. Pasukan Pelindung Kanak-Kanak ditubuhkan di peringkat daerah dan negeri.
iii. Pasukan Mengesan Penderaan Kanak-Kanak dan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital-hospital daerah dan negeri.
iv. Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1985 dikaji semula untuk memantapkan penguatkuasaan.


VIDEO: Belajar Mengenai Hak-hak Kanak-kanak




No comments:

Post a Comment